4 PRN yang dijalankan sudah telan belanja RM420 juta

March 11, 2022 · Isu semasa

Sebanyak RM420 juta sudah dibelanjakan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menguruskan empat pilihan raya negeri (PRN) sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Perkara diberitahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, perbelanjaan SPR bagi pelaksanaan PRN Sabah adalah RM130 juta; Melaka (RM45 juta) dan Sarawak (RM149 juta).

“Jumlah keseluruhan perbelanjaan SPR bagi pelaksanaan PRN Sabah ke-16, PRN Melaka ke-15 dan PRN Sarawak ke-12 adalah berjumlah RM324 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Menjawab soalan berasingan daripada Ahli Parlimen Bintulu, Wong Ling Biu, Wan Junaidi berkata, SPR membelanjakan kira-kira RM96 juta bagi PRN Johor.

“Perbelanjaan merangkumi perolehan pembelian dan sewaan peralatan pilihan raya, kenderaan, pembangunan ICT, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan.

“Perbelanjaan ini turut mengambil kira peralatan mengikut garis panduan pencegahan Covid-19,” katanya.

Wan Junaidi turut menjelaskan perbelanjaan PRN Johor kali ini meningkat sebanyak RM61 juta berbanding PRU ke-14 bagi negeri berkenaan, manakala Melaka meningkat RM32 juta.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
23 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
23 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
23 jam lalu· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
31 minit lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
37 minit lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
23 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok