4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram

July 6, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 4 Ogos depan untuk mendengar permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi semakan kehakiman berhubung pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam perbicaraan rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mahkamah sebelum ini dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Rosmah.

Bantahan awal difailkan pada 5 Julai terhadap permohonan Rosmah yang difailkan pada 24 Jun, menamakan peguam negara/pendakwa raya, kerajaan dan Sri Ram sebagai responden.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Sri Ram telah memfailkan afidavit untuk menolak permohonan kebenaran Rosmah kerana seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa beliau kompeten untuk mendakwa Rosmah.

Ahmad Kamal kemudian membenarkan Sri Ram masuk sebagai responden kerana permohonan Rosmah untuk semakan kehakiman pada masa ini masih di peringkat kebenaran.

Pada September tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata pelantikan Sri Ram di bawah Kanun Tatacara Jenayah oleh peguam negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, pada Ogos 2018 adalah sah.

Pada Mei, Rosmah gagal dalam permohonan terakhir untuk membatalkan perbicaraan rasuahnya berhubung projek hibrid solar RM1.25 bilion di Sarawak dan memecat Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes itu selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Ahmad Kamal juga memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan masing-masing pada 28 Julai, dengan perbicaraan diteruskan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 4 Ogos.

Rosmah diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

Dalam bantahan awal AGC yang difailkan, Shamsul berkata permohonan Rosmah adalah menyalahgunakan proses itu kerana apa yang dimintanya merupakan gangguan terhadap pentadbiran keadilan jenayah yang sewajarnya sejak perbicaraan selesai.

“Penghujahan kami bahawa permohonan di sini harus ditolak kerana permohonan di sini adalah remeh, menyusahkan dan tidak mewajarkan hujah lanjut pada peringkat substantif,” kata Shamsul.

Dalam permohonannya, Rosmah memohon perisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) masing-masing bertarikh 8 Julai 2020 dan 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang.

Dia memohon perisytiharan bahawa versi pertama fiat yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pada 8 Julai 2020, yang sepatutnya ditandatangani oleh peguam negara terdahulu, Thomas, pada atau sebelum 15 November 2018, tarikh pendakwaan terhadap pemohon, adalah tidak sah.

Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon perisytiharan bahawa versi kedua fiat bertarikh 11 Mei tahun lalu tidak wujud kerana Thomas, dalam bukunya My Story: Justice in the Wilderness yang diterbitkan tahun lepas, menyatakan pelantikan Sri Ram adalah berkaitan dengan 1MDB dan bukan kes projek hibrid solar.

Dia juga memohon perisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram melalui versi ketiga fiat adalah cacat. Rosmah juga memohon pengisytiharan untuk membatalkan keseluruhan prosiding perbicaraan mulai 2018.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
18 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok