4 lagi rakyat Malaysia dibawa pulang, ditipu sindiket kerja di Kemboja

July 10, 2022 · Isu semasa

Empat lagi rakyat Malaysia yang diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan di antara RM5,000 hingga RM8,000 di Kemboja dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata mereka merupakan sebahagian daripada 54 rakyat Malaysia di luar negara yang berjaya diselamatkan setakat ini membabitkan sindiket penipuan pekerjaan, lapor Bernama.

“Masih ada lima rakyat Malaysia yang berada di Kemboja dalam tahanan pihak berkuasa dan mereka perlu melalui proses dokumentasi undang-undang sebelum dapat pulang ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas keempat-empat warganegara berumur lingkungan 29 hingga 41 tahun itu selamat tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengenai modus operandi terlibat, beliau berkata sindiket itu menawarkan pekerjaan seperti di pusat panggilan dengan gaji lumayan dan mereka yang tertipu didapati terpengaruh dengan iklan tular di media sosial seperti Facebook dan aplikasi WeChat.

“Apabila rakyat kita sampai di sana dan mendapati situasi bukan seperti yang dijanjikan, mereka rasa terpedaya dan apabila mahu kembali ke Malaysia, berlaku ugutan, penderaan dan sebagainya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan ada rakyat negara ini yang bersubahat dengan sindiket di Kemboja.

Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hussein berkata setakat ini pihaknya menerima 156 laporan melibatkan 189 mangsa atau warganegara Malaysia yang berada di luar negara akibat tertipu dengan sindiket penawaran pekerjaan.

“Dalam rekod kita, terdapat 135 mangsa yang masih di luar negara dan mereka sedang dikesan dengan kerjasama pihak berkuasa negara berkaitan,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang terlibat dengan sindiket sebegini juga paling banyak didapati di Kemboja merangkumi 40 peratus daripada jumlah kes diikuti Myanmar dan Laos.

Hussein juga berkata kejayaan membawa pulang empat rakyat Malaysia kali ini merupakan antara siri menyelamatkan mangsa yang dilakukan secara berterusan dengan kerjasama PDRM, Wisma Putra, Polis ASEAN (Aseanapol), Polis Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa Kemboja.

Beliau berkata keempat-empat individu akan disoal siasat sebelum dibenarkan pulang.

Setiausaha Bahagian Konsular, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri Mohd Adli Abdullah pula mengulangi peringatan agar rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara sentiasa berhati-hati dengan iklan tawaran pekerjaan tular terutama di media sosial.

Katanya ada mangsa ke luar negara tanpa memaklumkan kepada anggota keluarga dan menasihati warganegara ini yang berdepan sebarang masalah agar menghubungi kedutaan Malaysia atau pihak berkuasa negara terbabit.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Kemboja dan Kedutaan Besar Malaysia di negara itu yang memudah cara urusan membawa pulang rakyat Malaysia terbabit, yang mencerminkan hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Pada 11 April lepas, dilaporkan seramai 12 rakyat Malaysia yang diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di Kemboja dibawa pulang ke tanah air dan baki empat lagi yang terlibat dalam sindiket sama pulang pada 19 April.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Madinah larang arwah suami lobi Najib dapatkan jawatan Ketua Audit
March 30, 2022
Zakat dalam talian dijangka RM30 juta: Maybank
April 29, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok