
Kes jangkitan baharu Covid-19.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 1,325 kes baru jangkitan Covid-19 semalam dengan merekodkan empat kematian baharu.
Jumlah keseluruhan kes terkini adalah 4,505,059 dengan kes aktif pula adalah sebanyak 23,779, turun 22 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Kes kematian dilaporkan dua di Kedah, sementara masing-masing satu kes di Melaka dan Negeri Sembilan.
Satu kes kematian dilaporkan ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan.
Sepanjang minggu lalu, purata 3.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 4.1, yang menunjukkan trend penurunan.
Sejak permulaan penularan wabak itu pada Mac 2020, sejumlah 35,669 kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan.
Terdapat sebanyak 122 kematian dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, jumlah kematian bulan lalu adalah sebanyak 564 orang manakala 2,235 kematian pada bulan Mac.