4 dalam 10 orang Asia menghidapi Osteoartritis sejak sekatan Covid-19

October 16, 2021 · Isu semasa

Osteoartritis (OA) merupakan salah satu daripada 10 penyakit yang menyebabkan tubuh badan lemah dan di negara-negara maju, kes OA kian meningkat dengan usia dan indeks jisim badan.

Dijangkakan kes OA akan meningkat kepada kira-kira 350 juta orang menjelang tahun 2025. Lebih membimbangkan,  OA membawa kepada penyusutan kualiti kehidupan.

Bagi penghidap kurang upaya, OA adalah antara kemungkinan punca kematian awal dan dikaitkan dengan peningkatan kadar kematian.

Menurut Pengurus Negara, Viatris  (syarikat penjagaan kesihatan) bagi Malaysia dan Brunei,  Jeff Bote, senaman minda dan tubuh, pengawalan berat badan dan pelan pemakanan yang sihat merupakan elemen penting dalam pengurusan  OA.

Pun begitu, sekatan Covid-19 memberi kesan kepada kemungkinan untuk bersukan dan mengambil bahagian dalam aktiviti riadah seperti berjalan atau bersosial hingga menyukarkan lagi kehidupan pesakit.

“Justeru , langkah-langkah kawalan yang penting bagi mengekang pandemik global ini memberikan impak fizikal dan psikologi kepada individu yang mengalami OA. Di peringkat global, kira-kira empat dalam 10 individu mendapati ia lebih sukar untuk mengatasi keadaan mereka daripada aspek emosi dan fizikal,” katanya.

Tambah beliau, kesukaran yang dihadapi pesakit OA semasa Covid-19 membawa kepada peningkatan keperluan sokongan daripada penjaga mereka. Dalam pada itu, ini, satu tinjauan dalam talian telah diadakan oleh ELMA Research untuk Viatris di Thailand, Malaysia, Korea Selatan dan China bagi menyiasat impak emosi, praktikal dan fizikal ekoran sekatan Covid-19 terhadap kualiti kehidupan mereka yang menghidapi osteoartritis dan sakit sendi.

Kira-kira separuh (55 peratus) daripada responden global yang mengambil bahagian menyatakan kebergantungan kepada penjaga mereka untuk menyempurnakan aktiviti- aktiviti harian semasa tempoh kawalan pergerakan. Malaysia berada di bawah kadar purata global dengan catatan 54 peratus.

Sungguhpun demikian, empat dalam 10 pesakit bergelut untuk mendapatkan bantuan yang mereka perlukan dan satu dalam 10 tidak mampu mendapatkan sebarang sokongan. Di Korea Selatan, 28 peratus responden berkata mereka tidak mendapat sokongan langsung.

“Semasa Covid-19, kualiti hubungan ini kekal, malah ada juga bertambah baik. Peranan ahli farmasi juga tidak berubah dari aspek kekerapan dan pengesyoran rawatan proaktif. Namun, perubahan yang dilihat di peringkat global adalah saluran perhubungan antara pesakit dengan doktor, dengan peningkatan penggunaan telefon (51 peratus) and saluran digital (43 peratus) sebagai medium rundingan.

“Di Malaysia, peratusan ini masing-masing mencecah 55 dan 39 peratus. Hanya di Korea Selatan, 60 peratus mengekalkan saluran utama iaitu rundingan secara bersemuka. Apabila ditanya mengenai masa hadapan dalam keadaan “normal baharu” selepas Covid-19, terdapat jangkaan bagi kebanyakan responden (65 peratus) untuk janji temu secara bersemuka dengan rundingan dalam talian dan telefon sebagai pilihan kedua,” jelasnya.

Sungguhpun sekatan Covid-19 sebelum ini kian dibenarkan, impak pandemik ini masih belum berakhir dan hampir separuh daripada responden tinjauan, termasuk 47 peratus di Malaysia, dijangka akan mengambil masa setahun lagi sebelum kehidupan kembali normal.

“Misi Viatris adalah untuk memperkasakan individu di seluruh dunia untuk hidup lebih sihat di setiap peringkat usia. Berpegang pada misi ini, kami komited untuk mengutamakan Osteoartritis agar ia dapat didiagnosis dan dirawat seawal mungkin, seterusnya memberi impak langsung terhadap kualiti kehidupan pesakit,” jelas beliau.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok