4 ADUN Bersatu Pulau Pinang tetap hadir ke persidangan DUN

March 4, 2023 · Isu semasa

Kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang, yang gagal menghalang usul pengosongan kerusi yang disandang, tetap akan hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini.

Empat ADUN tersebut dipilih pada pilihan raya lalu dan masih berkhidmat kepada pengundi di kawasan mereka sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan kelak.

ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan, lapor Bernama.

“Kami akan hadir bagi mempertahankan kedudukan kami ketika perbahasan usul itu, khususnya berkenaan kelompangan yang terdapat dalam Perkara 14A, Fasa 1 Perlembagaan Pulau Pinang. Akta itu tidak memberi kuasa kepada Speaker bagi membolehkan sesebuah kerusi dikosongkan, selain definisi tindakan melompat parti yang tidak jelas.

“Apa yang dilakukan kerajaan negeri ialah mereka mahu merampas mandat yang sudah ditentukan rakyat, menerusi usul mengosongkan kerusi DUN dan mereka sesuka hati mahu menentukan siapa yang sepatutnya berada di dewan (DUN), sedangkan yang memilih kami adalah rakyat (pengundi),” katanya pada sidang akhbar.

Tiga lagi Adun yang berkenaan ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018.

Sebelum ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata sidang DUN yang dijadual Isnin ini, akan membentangkan satu usul bagi tujuan pengosongan empat kerusi DUN berkenaan, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan klausa dan perkara di dalam Perlembagaan negeri yang melarang wakil rakyat melompat parti.

Ia susulan keputusan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu yang memutuskan peruntukan di bawah Enakmen Anti Lompat parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.

ADUN, hadir, persidangan DUN, pembangkang, usul kosongkan kerusi

 

Berita berkaitan
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Sekarang sedang bincang dengan BN, kata Saifuddin berhubung agihan kerusi
March 17, 2023· Politik
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok