399 individu dalam 16 kluster dijangkiti Covid-19 hari ini

September 18, 2021 · Isu semasa

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 16 kluster baharu dikesan di seluruh negara membabitkan 399 individu, menjadikan keseluruhannya 5,263 kluster dengan 3,899 telah ditamatkan dan 1,364 masih aktif.

Daripada keseluruhan jumlah kluster baharu itu, jangkitan di tempat kerja merekodkan 10 kluster, empat komuniti (dua di Kelantan dan masing-masing satu di Sarawak serta Pahang), dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi di Johor dan Perak.

Tiga daripada kluster tempat kerja direkodkan di Johor membabitkan 74 jangkitan, diikuti dua di Selangor (26 jangkitan), dan masing-masing satu di Labuan (8 kes), Pulau Pinang (22 kes), Sarawak (37 kes), Sabah (23 kes), dan Perak (14 kes).

Pada masa sama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 17,205 pesakit Covid-19 disahkan sembuh hari ini menjadikan kumulatif kepada 1,840,453 kes, berbanding 2,082,876 kes positif sejak awal tahun lalu.

Menurutnya daripada 15,549 jangkitan baharu hari ini, 1,594 pesakit terdiri daripada bukan warganegara Malaysia.

“Sebanyak 263 kes baharu hari ini terdiri daripada pesakit kategori 3, 4, dan 5, manakala selebihnya pesakit kategori 1 dan 2,” katanya.

Beliau berkata, seramai 1,165 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 888 kes disahkan positif Covid-19, manakala 277 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 689 kes dengan 401 disahkan Covid-19, sementara 288 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.94.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok