
Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 26 Mac 2023 (Ahad).
Masalah air bagi penduduk Lembah Klang berulang lagi dengan kali ini 397 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur terjejas akibat pencemaran kimia di Sungai Semantan Pahang selepas kemalangan di lebuh raya.
Air Selangor dalam catatan Facebook berkata kemalangan itu berlaku di km75.9 Lebuh Raya Karak-Bentong arah Kuala Lumpur.
Ini membawa kepada pencemaran kimia di sungai, menyebabkan operasi di Loji Rawatan Air Langat 2 dihentikan pada jam 4.30 pagi tadi.
Pengguna di 172 kawasan di Kuala Lumpur dan 222 kawasan lagi di Hulu Langat serta tiga di Petaling Jaya akan mengalami masalah air mulai jam 10 pagi Khamis (11 Ogos).
Menurut Air Selangor, Loji Rawatan Air Langat 2 dijangka beroperasi semula pada jam 3.30 petang dengan bekalan air akan disalur secara berperingkat.
Dalam satu kenyataan pagi ini, Air Selangor berkata berkata lori tangki akan digerakkan, dengan premis kritikal diutamakan dan setiap langkah sedang diambil untuk meminimumkan kesan kepada pengguna.
“Kemas kini lanjut mengenai insiden itu akan tersedia dari semasa ke semasa di semua platform media.
“Pengguna juga boleh merujuk kepada semua saluran rasmi kami seperti aplikasi mudah alih Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Panggilan Air Selangor di talian 15300.
Pertanyaan dan aduan juga boleh dikemukakan kepada Pusat Bantuan melalui www.airselangor.com.