3,944,987 keseluruhan dos pertama dan kedua sudah diberikan, kata Dr Adham

Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua kepada rakyat Malaysia kini adalah sebanyak 3,944,987 dos di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, seramai 1,220,939 individu sudah melengkapkan dua dos vaksin daripada jumlah keseluruhan tersebut, sementara seramai 2,724,048 individu sudah menerima dos pertama.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 157,671 dos diikuti Sarawak (128,648), Kuala Lumpur (113,466), Johor (113,171) dan Perak (110,610).

Program berkenaan kini dalam fasa kedua bermula April lepas hingga Ogos ini dan akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga yang bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin.

BERITA BERKAIT
POPULAR