3,913 kes semalam, lima kematian

November 7, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 6 November 2022) turun kepada 3,913 kes, berbanding 4,621 yang direkodkan pada Sabtu

Data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 3,909 kes melibatkan jangkitan tempatan dan empat kes import.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,927,451 kes, dengan 4,854,248 pesakit telah sembuh, termasuk 3,774 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,800 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 785 kes (penerima dua dos); 308 kes (individu tidak divaksinasi); dan 20 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 36,716 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 36,582 kes yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 35,039 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (34,907 pesakit pada Sabtu); dan 1,610 dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 1,605 pada Sabtu.

Seramai 67 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (70 pada Sabtu), dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, sama seperti Sabtu.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,731 (1,508,650)
  • Kuala Lumpur – 739 (456,982)
  • Sabah – 274 (400,288)
  • Johor – 45 (395,657)
  • Sarawak – 48 (317,883)
  • Kedah – 122 (312,413)
  • Pulau Pinang – 207 (301,442)
  • Kelantan – 48 (255,741)
  • Perak – 189 (234,219)
  • Negeri Sembilan – 211 (226,699)
  • Pahang – 80 (179,106)
  • Melaka – 122 (137,928)
  • Terengganu – 43 (130,537)
  • Putrajaya – 47 (28,902)
  • Labuan – 4 (22,371)
  • Perlis – 3 (18,632)

Sementara itu, lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di Selangor, semalam, termasuk dua daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Dua daripada kes BID itu dilaporkan di Kedah, sementara dua kes lagi di Johor dan satu di Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 sebanyak 36,487 kes, termasuk 7,765 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
12 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok