383,165 kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

Melaka mencatat peratusan tertinggi dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun ke bawah yang menerima vaksin Covid-19 PICKids yang dilancarkan sejak 3 Februari lalu.

Sebanyak 23.1 peratus daripada kanak-kanak Melaka telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, diikuti Sarawak (20.3 peratus); Lembah Klang (14.0 peratus); Perak (13.7 peratus); dan Labuan (10.0 peratus).

Sehingga semalam seramai 383,165 atau 10.8 peratus daripada kanak-kanak dalam usia berkenaan telah menerima dos pertama, dengan semalam sahaja seramai 40,659 kanak-kanak menerima suntikan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan 58.8 peratus atau 13,844,963 individu dewasa telah menerima dos penggalak masing-masing sejak dilancarkan 13 Oktober tahun lalu.

Seramai 22,943,301 atau 97.5 peratus individu dewasa juga telah lengkap divaksinasi, manakala 98.7 peratus atau 23,220,003 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini, KKM juga memaklumkan seramai 5,680,262 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sejak dilancarkan 8 September tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 2,798,368 atau 89.9 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 2,881,894 atau 92.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu sebanyak 65,864,979 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 25,741,669 atau 78.8 peratus telah lengkap divaksinasi, dan 26,485,062 atau 81.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR