
Data sehingga 12 Januari 2023.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 12 Januari 2022) meningkat semula kepada 383 kes, berbanding 367 yang direkodkan pada Rabu dan 380 (Selasa).
Menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jangkitan semalam turut melibatkan 30 kanak-kanak, turun semula berbanding 43 kes pada Rabu.
Ia membabitkan 12 kes kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan lima hingga 11 tahun (18 kes), lapor KKM.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 256 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 74 (individu yang lengkap divaksinasi); dua kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 51 kes (individu tidak divaksinasi).
Data KKMNOW pula menunjukkan jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,031,826 dengan 4,983,795 pesakit telah sembuh, termasuk 625 yang pulih semalam.
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,126 kes masih aktif, turun berbanding 11,372 yang dilaporkan pada Rabu, manakala 10,611 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, berbanding 10,846 pada Rabu. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital turun lagi kepada 495 kes, berbanding 502 yang dicatat pada Rabu.
Seramai 20 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 24 yang dicatat pada Rabu, dengan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (12 pada Selasa).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 141 (1,546,709);
- Kuala Lumpur – 58 (467,171);
- Sabah – 6 (406,702);
- Johor – 11 (397,992);
- Sarawak – 31 (324,044);
- Kedah – 17 (318,359);
- Pulau Pinang – 27 (307,228);
- Kelantan – 11 (259,974);
- Perak – 13 (238,720);
- Negeri Sembilan – 14 (230,762);
- Pahang – 2 (182,526);
- Melaka – 28 (144,602);
- Terengganu – 10 (132,841);
- Putrajaya – 8 (32,276);
- Labuan – 4 (22,942); dan
- Perlis – 2 (18,978).
Sementara itu empat lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Semua kematian itu direkodkan di Johor (BID), Kedah, Perak (BID) dan Selangor.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara bertambah menjadi 36,905 mangsa, termasuk 7,861 kes BID.