38 kematian, 463 pesakit di ICU

December 7, 2021 · Isu semasa

Jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan Covid-19 di seluruh negara sejak awal tahun lalu hingga semalam meningkat kepada 30,652 kes apabila seramai 38 lagi pesakit meninggal dunia, berbanding 40 yang direkodkan pada Ahad.

Daripada jumlah itu, seramai lapan pesakit meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan di hospital atau ‘brought in death’ (BID) semalam, menjadikan keseluruhannya 6,207 kes BID.

Kes kematian tertinggi semalam dicatat di Selangor sebanyak enam kes menjadikan kumulatif naik kepada 9,822 kes.

Sehingga semalam, Selangor mencatat 760,302 kumulatif kes positif, dengan 734,237 pesakit telah sembuh.

Negeri itu turut merekodkan 17,816 kes aktif, termasuk 15,775 pesakit menjalani kurantin di rumah; 1,063 ditempatkan di PKRC; 898 pesakit dimasukkan ke hospital; dan 80 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Perak merekodkan lima kematian; diikuti masing-masing empat di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur; tiga kes masing-masing di Pahang dan Sabah; Melaka (dua); dan masing-masing satu di Johor, Negeri Sembilan, serta Sarawak.

Tiada kes kematian dicatat di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sejak awal tahun lalu sehingga semalam negara mencatat 2,657,020 kumulatif positif dengan 2,572,053 pesakit telah sembuh.

Daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 60,329 kes masih aktif. Ini termasuk 49,358 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah; 5,780 ditempatkan di PKRC; 4,728 dimasukkan ke hospital; dan 463 pesakit dirawat di ICU, dengan 249 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes harian Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 6 Disember 2021.

Sementara itu, bagi kes harian semalam, tujuh negeri merekodkan peningkatan kes membabitkan Kelantan, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak, dan Perlis.

Kelantan mencatat 562 kes baharu semalam berbanding 434 pada Ahad, menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 150,642, dengan 153,537 pesakit disahkan sembuh, dan 1,188 kes kematian.

Sehingga semalam, Kelantan merekodkan 4,961 kes aktif, termasuk 3,797 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 654 ditempatkan di PKRC; 471 dimasukkan ke hospital; dan 39 pesakit dirawat di ICU dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Johor merekodkan 457 kes baharu semalam, berbanding 346 pada Ahad; diikuti Kedah (357 semalam, 324 Ahad); Kuala Lumpur (240 semalam, 221 Ahad); Negeri Sembilan (189 semalam, 107 Ahad); Sarawak (72 semalam, 71 Ahad); dan Perlis (34 semalam, 17 Ahad).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dakwaan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia dijual bukan milik JPN
May 18, 2022
2,500 guru enggan divaksin diberi tugas lain di sekolah
September 4, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
ADUN Belantek, Mohd Isa meninggal dunia
June 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok