378,000 penumpang guna lapangan terbang sejak Januari-April

May 26, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 378,000 penumpang antarabangsa menggunakan lapangan terbang untuk masuk dan berlepas dari Malaysia sepanjang Januari hingga April lalu, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)

Bagaimanapun, MAHB berkata semua penumpang terbabit melalui langkah-langkah pemeriksaan kesihatan dan keselamatan yang ketat sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini MAHB berkata 107,000 penumpang direkodkan masuk dan berlepas dari lapangan terbang di negara ini sepanjang April lalu.

“Sebagai perbandingan, sejak awal 2021, pergerakan lalu lintas penumpang antarabangsa adalah 102,000 untuk Mac, 73,000 untuk Februari dan 96,000 untuk Januari,” kata MAHB menjawab dakwaan yang tular dan laporan media mengaitkan kewujudan pelbagai varian Covid-19 di negara ini dengan trafik penumpang yang tinggi pada April lalu.

Menurut MAHB, pergerakan penumpang antarabangsa termasuk warga asing yang kembali ke negara asal mereka, pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara, pemastautin tetap yang pasangan atau ahli keluarga mereka warganegara Malaysia, diplomat dan mereka yang mendapat kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjalankan tugas rasmi atau perniagaan.

“Tambahan pula, semua lapangan terbang di Malaysia kekal beroperasi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memudahkan urusan menyelamat dan penghantaran pulang, serta penerbangan kargo ke dalam dan luar negara,” kata MAHB dalam kenyataan itu.

MAHB menjelaskan jumlah 1.96 juta pergerakan penumpang yang direkodkan pada April meliputi semua rangkaian lapangan terbang kendalian kumpulan itu di Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok