362 individu dijangkiti Covid-19 semalam kategori 3, 4 dan 5

Seramai 362 atau 42.6 peratus individu yang dijangkiti Covid-19 semalam (27 Mac) dan dimasukkan ke hospital adalah pesakit kategori tiga, empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya keseluruhannya sebanyak 850 kes jangkitan positif virus itu dimasukkan ke hospital semalam, termasuk 488 kes atau 57.4 peratus adalah kategori satu dan dua.

Beliau turut berkongsi maklumat berhubung jumlah kes dan vaksinasi diterima membabitkan 100 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 itu:

  • 30 kes (30.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 44 kes (44.00%) telah menerima dua (2) dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 26 kes (26.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 69 kes (69.00%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 63 kes (63.00%) mempunyai komorbid.

Daripada 16,863 kes harian yang dilaporkan pada 27 Mac 2022:

  • Kategori 1: 8,652 kes (51.31%);
  • Kategori 2: 8,111 kes (48.10%);
  • Kategori 3: 48 kes (0.28%);
  • Kategori 4: 29 kes (0.17%); dan
  • Kategori 5: 23 kes (0.14%).

Mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19, Dr Noor Hisham berkata dua negeri mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi penggunaan katil unit rawatan rapi iaitu Kuala Lumpur dengan 63 peratus dan Selangor (52 peratus).

Bagi pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada negeri yang mencatat penggunaan melebihi 50 peratus.

Sementara itu, Dr Noor Hisham kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara adalah 0.93 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.09 dan Sabah kekal mencatat kadar paling rendah iaitu 0.64.

BERITA BERKAIT
POPULAR