362 individu daripada 10 kluster baharu positif Covid-19

October 9, 2021 · Isu semasa

Sepuluh lagi kluster Covid-19 dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi membabitkan masing-masing empat jangkitan di tempat kerja, dan komuniti, serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan keseluruhan kluster Covid-19 yang dikesan di negara ini sejak awal tahun lalu meningkat kepada 5,580 dengan 4,735 telah ditamatkan, manakala 845 kluster masih aktif.

Empat kluster tempat kerja yang direkodkan hari ini membabitkan Tampin, Negeri Sembilan dengan 68 kes; Batu Pahat, Johor (10 kes); Kuala Langat dan Klang, Selangor (15 kes); dan Rompin, Pahang (40 kes).

Bagi kluster komuniti pula, Kelantan mencatatkan dua kluster di Pasir Mas (tujuh kes) serta Kota Bharu dan Bachok (10 kes); Temerloh, Pahang (51 kes); dan Kuala Kangsar, Perak (98 kes).

Sementara itu daerah Timur Laut di Pulau Pinang merekodkan satu kluster kumpulan berisiko tinggi membabitkan 43 kes, manakala Raub, Pahang (20 kes).

Mengenai 8,743 kes baharu yang direkodkan hari ini beliau berkata 14 daripadanya adalah kes import dan 478 membabitkan rakyat asing.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada kes hari ini juga 122 melibatkan pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala selebihnya terdiri daripada kategori 1 dan 3.

“Seramai 14,422 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,184,711 kes berbanding 2,332,221 kes positif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan data berkaitan status terkini jangkitan Covid-19 akan disiarkan dalam laman sesawang COVIDNOW yang akan dikemas kini mulai jam 12 tengah malam setiap hari.

“Data berkenaan status terkini jangkitan Covid-19 telah sekian lama dilaporkan sejak awal penularan Covid-19. Kaedah pelaporan oleh KKM sememangnya berubah dari semasa ke semasa agar sesuai dengan situasi penularan Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
9 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok