36 kematian semalam, sembilan BID

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 7 April 2022), meningkat kepada 36 kes berbanding 32 yang dicatat pada Rabu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) jumlah itu termasuk sembilan kes kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum mayat dibawa ke hospital atau dikategorikan ke ‘brought in death’ (BID).

Keseluruhannya sejak Mac 2020 hingga semalam, negara mencatat 35,228 kematian akibat Covid-19, termasuk 7,443 kes BID.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan Kedah, Kelantan, Perlis dan Labuan tidak mencatat kes kematian semalam.

Daripada jumlah kematian semalam, Selangor merekodkan sembilan kes, menjadikan keseluruhannya 10,575 pesakit Covid-19 meninggal dunia di negeri itu.

Sehingga semalam, Selangor mencatat 1,246,457 kumulatif positif, dengan 1,150,878 pesakit telah pulih, dan 85,004 kes aktif, termasuk 84,042 pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 121 pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 795 dimasukkan ke hospital; dan 46 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 4,829,120 atau 95.4 peratus populasi di Selangor telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, manakala 5,142,987 atau 101.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 4,009,581 atau 93.9 peratus individu dewasa di Selangor telah menerima dos penggalak.

Sementara itu, bagi negeri-negeri lain, Perak dan Sarawak masing-masing mencatat lima kes kematian, diikuti masing-masing empat di Johor serta Pulau Pinang; dan masing-masing dua di Terengganu dan Putrajaya.

Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan satu kematian semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR