357,402 majikan sudah diberi bantuan RM20.107 bilion: Tengku Zafrul

January 13, 2022 · Isu semasa

Kerajaan secara keseluruhannya telah menyalurkan sebanyak RM20.107 bilion kepada 357,402 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2,951,245 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan akan meneruskan inisiatif PSU kepada pengusaha pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah jualan atau pendapatan pada bulan Oktober 2021 sehingga Disember 2021 berbanding mana-mana bulan pada tahun 2019 sehingga 2021 sebelum penularan wabak Covid-19.

“Permohonan telahpun dibuka sejak 1 Jan 2022 sehingga 31 Mac 2022 namun majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai tetapi masih terjejas akibat penularan COVID-19 masih boleh mengemukakan rayuan secara atas talian kepada PERKESO.

“Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, inisiatif ini bakal memanfaatkan lebih 26 ribu majikan dan 330 ribu pekerja,” katanya menurut laporan Bernama.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-81 yang dikeluarkan pada Khamis.

Bagi maklumat lanjut, boleh layari https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022/sip-bajet-2022.html.

Menurutnya, melalui PSU 4.0, sebanyak RM2.148 bilion telah disalurkan kepada 142,539 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1,698,999 pekerja setakat 31 Dis, 2021.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan akan meneruskan usaha latihan dan peningkatan kemahiran bagi tahun 2022 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.1 bilion yang menyasarkan 220,000 peluang pekerjaan.

Katanya, antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti latihan dan peningkatan kemahiran dibawah Pusat Pembangunan Sumber Manusia (HRDC), Koridor Wilayah, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan sebagainya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan COVID-19.

“Setakat 31 Disember, terdapat 701 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 340 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM67.5 juta,” katanya.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), sejumlah RM400 juta daripada dana asal RM1 bilion diperuntukkan semula bagi Penubuhan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk mengurangkan beban kewangan dan memulihkan operasi perniagaan PKS yang terjejas akibat banjir dan Kemudahan Automasi Digital PKS (ADF) untuk memberi insentif kepada PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok