3,490 kes baharu, 6 kematian

August 20, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 3,490 kes baharu, enam kematian dan tiga kluster Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 19 Ogos 2022), kata Kementerian Kesihatan.

Jangkitan baharu itu turun berbanding 4,071 kes yang direkodkan pada Khamis, menurut laman sesawang CovidNOW KKM.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,752,490 kes, dengan 4,673,593 pesakit telah pulih, termasuk 3,193 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,351 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 746 kes (individu lengkap dua dos); 369 kes (individu tidak divaksinasi); dan 24 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif naik lagi kepada 42,767, berbanding 42,476 kes kes yang dicatat pada Khamis, dengan seramai 41,212 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (40,826 pada Khamis), dan 26 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (27 pada Khamis).

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun kepada 1,454 orang berbanding 1,542 pada Khamis, manakala 75 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 81 yang dicatat pada Khamis, dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 796 (1,451,429);
  • Kuala Lumpur – 915 (420,400);
  • Johor – 116 (390,900);
  • Sabah – 272 (387,060);
  • Sarawak – 133 (311,682);
  • Kedah – 97 (306,662);
  • Pulau Pinang – 142 (293,753);
  • Kelantan – 83 (251,068);
  • Perak – 303 (220,292);
  • Negeri Sembilan – 241 (217,663);
  • Pahang – 76 (175,381);
  • Melaka – 141 (131,923);
  • Terengganu – 37 (128,220);
  • Putrajaya – 130 (25,880);
  • Labuan – 5 (22,078);dan
  • Perlis – 3 (18,099).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan seramai enam lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Semua kes kematian itu dilaporkan di fasiliti kesihatan.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,130 kes, termasuk 7,677 kes brought in death (BID).

Enam kematian itu di laporkan masing-masing dua kes di Melaka dan Selangor, serta masing-masing satu kes di Johor dan Pahang.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan tiga lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan masing-masing dua di Perak dan satu di Selangor semalam melibatkan 30 kes.

Kluster Jalan Manjoi dikesan di daerah Kinta, Perak membabitkan kategori kumpulan berisiko tinggi dengan seramai 10 pesakit dan Kluster Jalan Slim 2 di Mualim pula melibatkan kategori pendidikan (lapan pesakit).

Dua belas individu dalam kategori kumpulan berisiko tinggi turut dijangkiti Covid-19 membabitkan Kluster Persiaran Puchong Jaya Selatan di Petaling, Selangor.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
8 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
8 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
9 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
10 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok