3,471 kes baharu, enam kematian

Jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 27 April 2022) meningkat sedikit daripada 3,361 pada Selasa kepada 3,471 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 4,440,383 kes, dengan 4,346,421 pesakit telah pulih, 35,526 kematian direkodkan, dan 58,436 kes masih aktif, termasuk 56,776 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 61 pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 1,501 dirawat di hospital; dan 98 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jangkitan baharu semalam, 2,101 kes positif melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; 796 kes (penerima dua dos); 419 (tidak divaksinasi); dan 155 (penerima belum lengkap vaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sembilan negeri merekodkan peningkatan jangkitan harian berbanding semalam.

Berikut ialah negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat peningkatan kes semalam:

  • Selangor – 1,915 kes (1,803 Selasa);
  • Pulau Pinang – 188 (125);
  • Melaka – 149 (74);
  • Johor – 124 (103)
  • Kedah – 104 (82);
  • Sarawak – 104 (102);
  • Kelantan – 42 (27);
  • Perlis – 10 (lapan); dan
  • Labuan – lima (dua kes pada Selasa).

Selangor kini mencatat kumulatif positif sebanyak 1,336,192 kes, dengan 1,294,830 pesakit telah sembuh; 10,625 kematian dicatat; dan 30,737 kes masih aktif, termasuk 30,170 pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 36 pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 497 dimasukkan ke hospital; dan 34 pesakit dirawat di ICU, dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, enam kematian dilaporkan semalam, termasuk empat daripadanya melibatkan kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau BID.

Jumlah terbaharu itu menjadikan negara kini mencatat 35,526 kes kematian, termasuk 7,520 kes BID.

Selangor mencatat tiga kematian semalam, manakala masing-masing satu di Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 27 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR