3,457 kes baharu, 9 kematian

November 18, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 17 November 2022) meningkat lagi kepada 3,457 kes, berbanding 3,304 yang dilaporkan pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,960,179 kes, dengan 4,895,719 pesakit telah sembuh, termasuk 3,736 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,388 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 768 kes (penerima dua dos); 278 kes (individu tidak divaksinasi); dan 23 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,877 kes masih aktif, turun semula, berbanding 28,165 yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 25,818 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (26,130 pesakit pada Rabu); dan 1,970 dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,945 pada Rabu.

Seramai 89 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (90 pada Rabu), dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (49 pada Rabu).

Sementara itu, sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID), dilaporkan.

Daripada jumlah kematian itu, tiga kes dilaporkan di Selangor; diikuti masing-masing dua di Negeri Sembilan serta Sabah; dan masing-masing satu di Pahang serta Perak.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,583 kes, termasuk 7,780 kes BID.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,187 (1,520,924)
  • Kuala Lumpur – 322 (460,557)
  • Sabah – 266 (402,518)
  • Johor – 79 (396,404)
  • Sarawak – 158 (319,081)
  • Kedah – 171 (314,080)
  • Pulau Pinang – 216 (303,094)
  • Kelantan – 124 (257,171)
  • Perak – 139 (235,614)
  • Negeri Sembilan – 146 (228,118)
  • Pahang – 159 (180,169)
  • Melaka – 262 (139,857)
  • Terengganu – 77 (131,148)
  • Putrajaya – 131 (30,230)
  • Labuan – 16 (22,503)
  • Perlis – 4 (18,711)

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok