3,436 kes baharu, lapan kematian

November 11, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 10 November 2022) meningkat sedikit kepada 3,436 kes, berbanding 3,267 yang dicatat pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,940,456 kes, dengan 4,869,969 pesakit telah sembuh, termasuk 4,292 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,316 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 815 kes (penerima dua dos); 284 kes (individu tidak divaksinasi); dan 21 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 33,965 kes masih aktif, turun lagi berbanding 34,829 yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 32,107 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (33,103 pesakit pada Rabu); dan 1,766 dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,635 pada Rabu.

Seramai 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (91 pada Rabu), dengan 60 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (63 pada Rabu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,286 (1,513,597)
  • Kuala Lumpur – 312 (458,638)
  • Sabah – 221 (401,037)
  • Johor – 89 (395,950)
  • Sarawak – 70 (318,208)
  • Kedah – 172 (313,005)
  • Pulau Pinang – 237 (302,058)
  • Kelantan – 179 (256,368)
  • Perak – 171 (234,857)
  • Negeri Sembilan – 167 (227,372)
  • Pahang – 112 (179,489)
  • Melaka – 175 (138,600)
  • Terengganu – 49 (130,761)
  • Putrajaya – 174 (29,452)
  • Labuan – 11 (22,409)
  • Perlis – 11 (18,655)

Sementara itu, lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Semua kematian dilaporkan di fasiliti kesihatan dan tiada kes brought in death (BID).

Empat daripada kematian itu dilaporkan di Selangor, manakala masing-masing satu di Johor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 sebanyak 36,522 kes, termasuk 7,772 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
2 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok