3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam

August 17, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,429 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 16 Ogos 2022).

Jumlah itu meningkat hampir 1,000 kes berbanding 2,437 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,741,413 kes, dengan 4,664,570 pesakit telah pulih, termasuk 4,882 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,325 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 715 kes (individu lengkap dua dos); 366 kes (individu tidak divaksinasi); dan 23 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun lagi kepada 40,741 kes, berbanding 42,203 kes yang dicatat pada Isnin, dengan seramai 39,062 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (40,525 pada Isnin), dan 32 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (31 pada Isnin).

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun kepada 1,563 orang berbanding 1,566 pada Isnin, manakala 84 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, meningkat berbanding 81 yang dicatat pada Isnin, dengan 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (50 pada Isnin).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 1,082 (1,448,284);
  • Kuala Lumpur – 676 (417,879);
  • Johor – 129 (390,555);
  • Sabah – 273 (386,189);
  • Sarawak – 159 (311,260);
  • Kedah – 123 (306,382);
  • Pulau Pinang – 94 (293,345);
  • Kelantan – 113 (250,830);
  • Perak – 212 (219,418);
  • Negeri Sembilan – 221 (216,909);
  • Pahang – 70 (175,122);
  • Melaka – 151 (131,466);
  • Terengganu – 55 (128,065);
  • Putrajaya – 54 (25,581);
  • Labuan – 12 (22,055); dan
  • Perlis – 5 (18,073).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,102 kes, termasuk 7,672 kes BID.

Pahang dan Selangor masing-masing mencatat dua kes kematian, manakala masing-masing satu di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.

Pada masa sama, KKM turut melaporkan empat kluster baharu Covid-19, menjadikan keseluruhannya 7,058 kluster dengan 31 daripadanya masih aktif, sementara yang lain telah ditamatkan.

Kluster baharu yang dilaporkan membabitkan dua kumpulan berisiko tinggi, dan masing-masing-masing satu pendidikan serta pusat tahanan.

Kluster baharu terbabit ialah:

  • Kluster Jalan Joget Lapan (kumpulan berisiko tinggi) di Johor Bahru = 20 kes;
  • Kluster Jalan Lapangan Siber Satu (kumpulan berisiko tinggi), di Kinta, Perak = 10 kes;
  • Kluster Jalan Tektor Nilai 2 (pendidikan) di Seremban, Negeri Sembilan = 30 kes; dan
  • Kluster Tembok Bendera 3 (pusat tahanan) di Kinta, Perak = lima kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok