341,960 kanak-kanak terima vaksin Covid-19 hingga semalam

February 18, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 51,556 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun ke bawah menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam, ketika jangkitan virus itu yang melibatkan kanak-kanak dan bayi di negara ini melonjak 160 peratus.

Jumlah itu menjadikan sehingga semalam seramai 341,960 atau 9.6 peratus kanak-kanak telah menerima dos pertama masing-masing, lapor KKM menerusi laman sesawangnya Covidnow yang dikemas kini pagi ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perbandingan terhadap laporan minggu epidemiologi kelima dan keenam tahun ini bagi golongan berkenaan mencatatkan peningkatan amat membimbangkan.

Katanya kes Covid-19 bagi bayi baru lahir hingga berusia 11 tahun pada minggu epidemiologi kelima ialah 6,524 kes, berbanding 16,959 kes pada minggu epidemiologi keenam.

Sementara itu, 22,941,779 atau 97.5 peratus daripada individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,218,655 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Pada masa sama, seramai 13,728,147 atau 58.3 peratus individu dewasa lagi menerima dos penggalak masing-masing, termasuk 117,727 dos yang diberikan semalam.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja pula, seramai 2,797,767 atau 89.9 peratus daripada golongan berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi.

Sementara 2,880,352 atau 92.6 peratus remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya, lebih 65.70 juta dos telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing yang tinggal di negara ini sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 25,739,546 atau 78.8 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 26,440,967 atau 80.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 17 Februari 2022. – Sumber Covidnow KKM

Berita berkaitan
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
1 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
2 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok