3,418 kes baharu hari ini

Data 02/5/2021

Sebanyak 3,418 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, naik semula berbanding angka yang dicatatkan semalam sebanyak 2,881 kes.

Pada Jumaat, negara merekodkan sebanyak 3,788 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data hari ini menunjukkan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 1,200 kes; diikuti Sarawak (587) dan Kelantan (400).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan kes Covid-19 ialah Sabah (115); Johor (213); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (198); Pulau Pinang (145); Negeri Sembilan (73); Perak (77); Kedah (101); Melaka (61); Pahang (45); Terengganu (184); WP Labuan (7); WP Putrajaya(8); dan Perlis (4)

POPULAR