
Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 23 April 2022.
Seramai 5,624 individu disahkan dijangkiti Covid-19 semalam, (Sabtu, 23 April) turun berbanding 6,342 kes yang direkod pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Daripada jumlah kes baharu itu 3,399 melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak; 1,231 (dos kedua); 681 (tidak divaksinasi); dan 313 (belum lengkap divaksinasi), menurut laman sesawang Github KKM yang dikemas kini pagi ini.
Angka terbaharu jangkitan itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,427,067 kes, dengan 4,310,599 pesakit telah sembuh, 35,491 kematian dicatat, dan 80,977 kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 79,149 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 134 ditempatkan di PKRC; 1,605 dimasukkan ke hospital; dan 89 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Semua negeri kecuali Kedah dan Pahang mencatat penurunan kes harian semalam.
Berikut adalah jumlah kumulatif positif bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak wabak Covid-19 mula melanda negara pada awal 2020:
- Selangor – 1,329,066;
- Johor – 381,419;
- Sabah – 370,431;
- Kuala Lumpur – 345,399;
- Sarawak – 304,708;
- Kedah – 297,991;
- Pulau Pinang – 276,119;
- Kelantan – 247,194;
- Negeri Sembilan – 200,350;
- Perak – 199,647;
- Pahang – 170,399;
- Terengganu – 125,480;
- Melaka – 121,269;
- Labuan – 21,285;
- Putrajaya – 19,091; dan
- Perlis – 17,219.
Sementara itu, sembilan lagi kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk dua pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau kes BID.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 35,491 kes, termasuk 7,513 kes BID.
Kedah mencatat jumlah kematian tertinggi iaitu enam kes diikuti masing-masing satu di Johor, Sabah dan Sarawak, manakala negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan lain sifar kematian.
Sehingga semalam, Kedah merekodkan 297,991 kumulatif positif dengan 294,575 pesakit telah pulih; 2,621 jumlah kematian; dan 795 kes masih aktif engan 695 daripadanya menjalani kuarantin di rumah.
Selain itu seramai 11 pesakit kini ditempatkan di PKRC; 83 dimasukkan ke hospital; dan enam dirawat di ICU, dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.