3,391 isi rumah dapat manfaat Bakul Prihatin Negara KPWKM

July 20, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 1,017 penerima membabitkan 3,391 isi rumah, mendapat manfaat daripada Bakul Prihatin Negara (BPN) yang digerakkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Julai lalu.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan memaklumkan, penerima terlibat adalah dari 48 daerah di 11 negeri, yang mengemukakan permohonan menerusi tiga saluran yang diaktifkan di bawah kementerian itu.

Berdasarkan statistik terkini pelaksanaannya, Kedah merupakan negeri paling tinggi merekodkan penerima, iaitu dengan seramai 279 orang.

Lima daerah yang mencatatkan penerima terbanyak di negeri tersebut ialah Baling dengan 59 orang, diikuti Kota Setar (53), Langkawi (40), Kubang Pasu (38) dan Pendang (23).

Program turut memanfaatkan seramai 738 penerima meliputi 31 daerah di 10 negeri iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak, Perlis, Selangor, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Program itu, secara keseluruhannya, melibatkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dan sektor korporat memperuntuk dan menyumbang masing-masing RM5 juta dan RM16 juta, untuk pelaksanaannya di seluruh negara.

Memetik laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan Kedah Halimaton Shaadiah Saad berkata, sebanyak 2,400 bakul makanan program itu akan diagihkan secara berperingkat, di semua daerah di negeri itu.

“Ada daerah yang diperuntukkan 200 bakul makanan dan ada daerah akan dapat 100 bakul makanan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, pemberian bakul makanan itu diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang terkesan di Kedah, dengan situasi pandemik Covid-19 pada masa ini, sekali gus turut menunjukkan kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin, untuk memastikan rakyat yang terjejas diberikan bantuan sewajarnya.

Di Melaka pula, sebanyak 2,600 bakul makanan akan diagihkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh daerah di negeri itu, secara berperingkat mulai hari ini.

Pengarahnya Burhanuddin Bachik berkata, sebagai permulaan 600 BPN telah diagihkan sejak semalam di ketiga-tiga daerah di negeri itu.

“Sebagai pecahan agihan, Melaka Tengah akan menerima 1,000 BPN manakala masing-masing 800 bagi daerah Jasin dan Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya agihan bakul akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam aduan diterima, kepada penerima yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.

Tambah beliau, jadual agihan adalah berdasarkan jumlah permohonan menerusi Talian Kasih atau Bilik Gerakan JKM serta rujukan pemimpin masyarakat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok