3,304 kes baharu, 8 kematian

November 17, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 16 November 2022) meningkat semula melebihi 3,000 berbanding empat hari sebelumnya yang merekodkan antara 1,749 dan 2,882 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini dalam tempoh semalam, sebanyak 3,304 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara, berbanding 2,852 kes yang dicatat pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,956,722 kes, dengan 4,891,983 pesakit telah sembuh, termasuk 3,045 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,243 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 808 kes (penerima dua dos); 241 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 28,165 kes masih aktif, meningkat semula, berbanding 27,914 yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 26,130 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,969 pesakit pada Selasa); dan 1,945 dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,848 pada Selasa.

Seramai 90 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (97 pada Selasa), dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (57 pada Selasa).

Sementara itu, seramai lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Daripada jumlah kematian itu, tiga kes, termasuk satu BID, dilaporkan di Selangor; diikuti Perak (dua kes, termasuk satu BID); dan masing-masing satu kes di Johor. Pulau Pinang (BID), dan Sarawak.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,574 kes, termasuk 7,780 kes BID.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,197 (1,519,737)
  • Kuala Lumpur – 233 (460,235)
  • Sabah – 221 (402,252)
  • Johor – 52 (396,325)
  • Sarawak – 192 (318,923)
  • Kedah – 276 (313,909)
  • Pulau Pinang – 173 (302,878)
  • Kelantan – 195 (257,047)
  • Perak – 138 (235,475)
  • Negeri Sembilan – 75 (227,972)
  • Pahang – 126 (180,010)
  • Melaka – 163 (139,595)
  • Terengganu – 76 (131,071)
  • Putrajaya – 147 (30,099)
  • Labuan – 20 (22,487)
  • Perlis – 20 (18,707)

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
22 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
3,537 kes baharu, lapan kematian
November 24, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok