33 bayi antara 518 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 di Sabah hari ini

February 13, 2022 · Isu semasa

Kes jangkitan Covid-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata sebanyak 156 kes melibatkan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun manakala 329 kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun dengan kesemua mereka masih belum menerima vaksin Covid-19, lapor Bernama.

“Amatlah dianjurkan agar para ibu bapa dan pengurusan sekolah mengambil langkah perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan ke atas anak-anak kecil apatah lagi mereka yang belum layak diberi vaksin,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata lima daerah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu Kota Kinabalu dengan 914 kes, Sandakan (478), Tuaran (414), Penampang (389) dan Papar (256).

Beliau berkata kes jangkitan secara sporadik dikesan menerusi saringan bergejala menjadi faktor dan penentu utama jumlah kes di daerah-daerah yang mencatat kes harian yang tinggi dengan 58.52 peratus daripada kes hari ini dikesan menerusi saringan tersebut.

“Kita boleh rumuskan bahawa peratusan jangkitan secara sporadik yang tinggi adalah penyebab kepada perebakan virus yang begitu cepat dan meluas serta akan menjadi faktor penentu kepada jumlah kes baharu dalam masa terdekat,” katanya.

Masidi berkata 3,891 kes Covid-19 dengan lima kes kematian akibat pandemik itu direkodkan hari ini manakala 620 orang sembuh dan 2,776 pesakit sedang menerima rawatan.

Berita berkaitan
Isu usul tiada pertandingan, Zahid kata kuasa menteri adalah muktamad
March 8, 2023· Politik
Bung malu dengan wakil rakyat Sabah yang suka melompat
March 2, 2023· Politik
PM ulangi sokongan kepada Hajiji, gesa henti usaha jatuhkan GRS
March 1, 2023· Politik
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
13 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok