3,267 kes baharu, 10 kematian

November 10, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 9 November 2022) turun semula kepada 3,267 kes berbanding 3,781 yang dicatat pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,937,020 kes, dengan 4,865,677 pesakit telah sembuh, termasuk 4,026 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,151 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 866 kes (penerima dua dos); 242 kes (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 34,829 kes masih aktif, turun semula berbanding 35,457 kes yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 33,103 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (33,706 pesakit pada Selasa); dan1,635 dirawat di hospital, turun berbanding 1,676 pada Selasa.

Seramai 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (75 pada Selasa), dengan 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (47 pada Selasa).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,267 (1,512,311)
  • Kuala Lumpur – 322 (458,326)
  • Sabah – 173 (400,816)
  • Johor – 68 (395,861)
  • Sarawak – 132 (318,138)
  • Kedah – 157 (312,833)
  • Pulau Pinang – 145 (301,821)
  • Kelantan – 161 (256,189)
  • Perak – 216 (234,686)
  • Negeri Sembilan – 99 (227,205)
  • Pahang – 112 (179,377)
  • Melaka – 185 (138,425)
  • Terengganu – 55 (130,712)
  • Putrajaya – 146 (29,278)
  • Labuan – 24 (22,398)
  • Perlis – 5 (18,644)

Sementara itu, 10 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Tiga daripada kes kematian itu direkodkan di Sabah, termasuk satu kes BID, manakala masing-masing dua kes di Johor dan Kedah, dan masing-masing satu di Perak, Selangor (BID), dan Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 sebanyak 36,514 kes, termasuk 7,772 kes BID.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok