3,251 jangkitan baharu

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik sedikit berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 3,251 jangkitan baharu direkodkan berbanding 3,381 kes semalam.

Beliau berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal 2020 lalu hingga hari ini meningkat kepada 2,783,331 kes.

Setakat semalam, seramai 31,644 pesakit Covid-19 meninggal dunia, manakala 39,697 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 32,528 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,546 ditempatkan di PKRC; 3,369 dimasukkan ke hospital; dan 254 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 114 dripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR