3,245 kes baharu, empat kematian

November 12, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 11 November 2022) turun sedikit kepada 3,245 kes berbanding 3,436 dicatat pada Khamis, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,943,701 kes, dengan 4,874,177 pesakit telah sembuh, termasuk 4,208 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,164 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 781 kes (penerima dua dos); 276 kes (individu tidak divaksinasi); dan 24 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 32,987 kes masih aktif, turun lagi berbanding 33,965 yang dilaporkan sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 31,108 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (32,107 pesakit pada Khamis); dan 1,792 dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,766 pada Khamis.

Seramai 87 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (92 pada Khamis), dengan 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (60 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,272 (1,514,869)
  • Kuala Lumpur – 421 (459,059)
  • Sabah – 204 (401,241)
  • Johor – 75 (396,025)
  • Sarawak – 139 (318,347)
  • Kedah – 125 (313,130)
  • Pulau Pinang – 160 (302,218)
  • Kelantan – 107 (256,475)
  • Perak – 93 (234,950)
  • Negeri Sembilan – 123 (227,495)
  • Pahang – 88 (179,577)
  • Melaka – 264 (138,864)
  • Terengganu – 43 (130,804)
  • Putrajaya – 104 (29,556)
  • Labuan – 10 (22,419)
  • Perlis – 17 (18,672)

Sementara itu, empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kematian itu dilaporkan di Negeri Sembilan, termasuk satu kes BID, dan dua lagi kes di Sabah.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 sebanyak 36,526 kes, termasuk 7,773 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok