
Banjir Disember 2022 di Kelantan.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri – Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah, Perak dan Johor – sehingga jam 12 tengah hari tadi (24 Disember 2022), semakin turun berbanding laporan sehingga jam 6 pagi.
Bagaimanapun, dalam tempoh 6 pagi hingga 12 tengah hari tadi jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah, meningkat sedikit dengan masing-masing mencatat 1,207 mangsa daripada 305 keluarga (Sarawak) dan 674 mangsa (164 keluarga).
Keseluruhannya terdapat 32,196 mangsa banjir daripada 10,145 keluarga yang ditempatkan di 170 pusat pemindahan sementara (PPS) di 23 daerah di seluruh negara.
Kelantan mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu melibatkan 16,225 mangsa daripada 5,842 keluarga yang ditempatkan di 44 PPS di enam daerah.
Daripada jumlah itu 11,630 daripada 4,401 keluarga di Pasir Mas ditempatkan di 23 PPS; Tumpat (3,884 mangsa/1,250 keluarga/13 PPS); Pasir Puteh (588 mangsa/155 keluarga/6 PPS); Tanah Merah (104 mangsa/31 keluarga/1 PPS); dan Bachok (19 mangsa/5 keluarga/1 PPS).
Di Terengganu, seramai 13,989 mangsa banjir daripada 3,807 keluarga dari lapan daerah kini ditempatkan di 98 PPS.
Hulu Terengganu mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 3,431 orang daripada 1,150 keluarga yang ditempatkan di 26 PPS, diikuti Dungun (3,137 mangsa/774 keluarga/20 PPS); Kuala Nerus (2,923 mangsa/740 keluarga/14 PPS); dan Kemaman (1,665 mangsa/431 keluarga/3 PPS).
Ia diikuti daerah Kuala Terengganu (1,637 mangsa/441 keluarga/9 PPS); Besut (987 mangsa/245 keluarga/22 PPS); Setiu (133 mangsa/25 keluarga/3 PPS); dan Marang (76 mangsa/1 PPS).
Di Sarawak, seramai 1,150 mangsa banjir daripada 298 keluarga kini berlindung di 16 PPS di empat daerah.
Daripada jumlah itu, seramai 445 mangsa daripada 103 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kuching; Samarahan (413 mangsa/108 keluarga/7 PPS); Serian (165 mangsa/49 keluarga/3 PPS); dan Betong (127 mangsa/38 keluarga/2 PPS).
Di Sabah pula, tiga daerah terlibat dengan banjir di mana seramai 674 mangsa daripada 164 keluarga kini berlindung di lapan PPS.
Ia melibatkan 528 mangsa daripada 123 keluarga yang ditempatkan di enam PPS di Pitas; diikuti Kota Belud (101 mangsa/27 keluarga/1 PPS); dan Kota Kinabalu (45 mangsa/14 keluarga/1 PPS).
Di Perak, seramai 69 mangsa daripada 17 keluarga di dua daerah dipindahkan ke dua PPS.
Ia melibatkan 56 mangsa daripada 12 keluarga di Hilir Perak yang ditempatkan di sebuah PPS, diikuti Bagan Datuk (13 mangsa/lima keluarga/satu PPS).
Di Johor, 32 mangsa daripada 10 keluarga di daerah Segamat kini ditempatkan di sebuah PPS.
Sementara itu, seramai 57 mangsa tanah runtuh daripada tujuh keluarga di daerah Serian, Sarawak kini ditempatkan di sebuah PPS.