
Data jumlah kematian sejak dua minggu lalu.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 1 Ogos 2022), meningkat sedikit kepada 3,213 kes, berbanding 2,783 kes yang dicatat pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,683,266 kes, dengan 4,602,625 pesakit telah pulih, termasuk 3,847 pesakit yang sembuh semalam.
Data laman sesawang GitHUB KKM menunjukkan daripada jumlah kes baharu berkenaan, 2,298 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 589 kes (penerima dos kedua); 298 kes (individu tidak divaksinasi); dan 28 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Menurut KKM, kes aktif Covid-19 sehingga kini turun kepada 44,664 kes berbanding 45,306 kes yang direkodkan pada Ahad, termasuk 43,080 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (43,753 sehingga Ahad), dan 20 lagi ditempatkan di PKRC (22 pada Ahad).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula meningkat kepada 1,510, berbanding 1,477 pesakit pada Ahad, manakala 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (sama seperti Ahad) dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (32 pada Ahad).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:
- Selangor – 865 (1,429,091);
- Kuala Lumpur – 1,006 (404,505);
- Johor – 114 (388,860);
- Sabah – 241 (381,787);
- Sarawak – 52 (309,749);
- Kedah – 130 (304,584);
- Pulau Pinang – 171 (290,924);
- Kelantan – 42 (249,666);
- Perak – 224 (215,290);
- Negeri Sembilan – 153 (213,745);
- Pahang – 34 (174,088);
- Melaka – 90 (129,412);
- Terengganu – 23 (127,401);
- Putrajaya – 59 (24,378);
- Labuan – 3 (21,890); dan
- Perlis – 6 (17,896).
Sementara itu, KKM memaklumkan lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Tiga kematian direkodkan di Perak, Johor (dua) dan masing-masing satu di Kedah, Kuala Lumpur, serta Negeri Sembilan.
Jumlah itu menjadikan seramai 35,977 pesakit meninggal dunia sejak Mac 2020 hingga semalam, dengan 7,644 daripadanya adalah kes BID.