32,000 peminjam bakal muflis jika Bank Negara naikkan lagi OPR

July 11, 2022 · Isu semasa

Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menjangkakan sehingga 32,000 peminjam lagi akan bankrap dalam tempoh dua tahun akan datang jika kadar dasar semalaman (OPR) terus dinaikkan.

Presiden 4PM Rosland Mohd Ariff berkata jumlah peminjam muflis yang direkodkan sehingga kini sudah lebih daripada 46,000 setelah tidak mampu membayar pinjaman disebabkan pandemik Covid-19 dan kini diburukkan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Sebanyak 32,000 lagi peminjam dijangka muflis dalam tempoh dua tahun akan datang jika OPR terus dinaikkan iaitu pertambahan 70 peratus daripada jumlah peminjam muflis sedia ada.

“Jika OPR terus dinaikkan rakyat akan terus ‘ditekan’ untuk menambah bayaran ansurans pinjaman menyebabkan mereka yang seawal usia 25 tahun akan lebih ramai diisytihar muflis.

“Dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini, lebih 46,000 rakyat sudah muflis disebabkan tidak mampu membayar pinjaman bank.

“Kini dengan kenaikan OPR dan kos sara hidup terus menekan rakyat,’’ katanya menurut laporan Utusan hari ini.

Menurut Rosland, rata-rata mereka yang muflis adalah individu yang membuat pinjaman kereta, peribadi, perumahan dan turut membabitkan ramai penjawat awam.

“Pendedahan mengenai masalah mental disebabkan tiada duit sehingga ada yang bunuh diri kerana tidak tahu untuk meneruskan hidup cukup menampakkan rakyat belum bersedia dengan peningkatan kadar faedah hutang.

“Situasi yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seharusnya melalui perbincangan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang paling hampir dengan rakyat. Saya membantah kenaikan OPR yang seprti dibuat sesuka hati ini,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

Pada 11 Mei lalu, bank pusat itu juga mengambil langkah sama menaikkan OPR kepada 2 pratus daripada 1.75 peratus. Susulan itu, kadar siling dan lantai bagi koridor OPR masing-masing meningkat kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.

Menurut BNM, pembukaan semula ekonomi global dan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan ekonomi, namun, faktor itu diimbangi oleh kesan tekanan kos yang semakin meningkat, konflik ketenteraan, dan keadaan pembendungan di China.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, di sebalik kesan buruk kenaikan OPR kepada rakyat, tindakan BNM itu memberi kelebihan kepada bank-bank konvensional yang diramal bakal meraih keuntungan sekitar RM30 billion tahun ini.

“Pada 2019, keuntungan sembilan bank konvensional yang tersenarai di bursa saham RM35 billion, namun, pada tahun 2020 keuntungan menurun kepada RM26 billion.

“Dengan kenaikan OPR yang diramal terus naik lagi pada September nanti, sembilan bank konvensional tersebut dijangka boleh mencatat kenaikan keuntungan mencecah RM30 billion,” katanya.

Sehubungan itu, Razman berkata, rakyat kini bergantung harap kepada perbankan Islam mengambil inisiatif mengekalkan kadar faedah kepada peminjam.

“Walaupun OPR dinaikkan, bank konvensional akan naik selaras dengan OPR yang diumumkan tetapi kami harap perbankan Islam akan membantu peminjam dari segi syariah iaitu bantu orang Islam itu sendiri.

“Bank masih mencatat keuntungan meskipun berada dalam pandemik, jadi tiada masalah jika perbankan Islam tidak menaikkan kadar faedah itu,” katanya.

Berita berkaitan
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023· Isu semasa
Rakyat bimbang kenaikan OPR berterusan
February 2, 2023· Isu semasa
Firma pasaran ramal OPR naik lagi kepada 3.00 peratus
January 18, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
January 17, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
9 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
17 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok