
Data sehingga 13 Januari 2023.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 13 Januari 2022) turun semula kepada 320 kes berbanding 383 yang direkodkan pada Khamis.
Menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jangkitan semalam turut melibatkan 20 kanak-kanak, turun lagi berbanding 30 yang direkodkan pada Khamis dan 43 kes pada Rabu.
Ia membabitkan lapan kes kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan lima hingga 11 tahun (12 kes), lapor KKM.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 224 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 53 (individu yang lengkap divaksinasi); satu kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 42 kes (individu tidak divaksinasi).
Data KKMNOW pula menunjukkan jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,032,146 dengan 4,984,301 pesakit telah sembuh, termasuk 506 yang pulih semalam.
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 10,937 kes masih aktif, turun berbanding 11,126 yang dilaporkan pada Khamis, manakala 10,467 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, berbanding 10,611 pada Khamis. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital turun lagi kepada 453 kes, berbanding 495 yang dicatat pada Khamis.
Seramai 17 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 20 yang dicatat pada Khamis, dengan lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (lapan pada Khamis).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 105 (1,546,814);
- Kuala Lumpur – 53 (467,224);
- Sabah – 6 (406,708);
- Johor – 15 (398,007);
- Sarawak – 25 (324,069);
- Kedah – 12 (318,371);
- Pulau Pinang – 18 (307,246);
- Kelantan – 4 (259,978);
- Perak – 17 (238,737);
- Negeri Sembilan – 10 (230,772);
- Pahang – 9 (182,535);
- Melaka – 24 (144,626);
- Terengganu – 3 (132,844);
- Putrajaya – 13 (32,289);
- Labuan – 5 (22,947); dan
- Perlis – 1 (18,979).
Sementara itu tiga lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) dilaporkan.
Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Sarawak dan satu di Kedah.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara bertambah menjadi 36,908 mangsa, termasuk 7,861 kes BID.