32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan

December 7, 2022 · Isu semasa

Penduduk di sekitar daerah Jelebu berdepan bencana banjir selepas hujan lebat melanda sejak petang semalam sehingga mengakibatkan air naik ke paras hampir satu meter.

Menurut laporan media, banjir melanda Kampung Lakai di daerah Jelebu dan menyebabkan seramai 32 mangsa daripada enam keluarga terjejas dan dipindahkan ke lokasi selamat.

Kediaman masing-masing dinaiki air kira-kira jam 4 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Azmi Wahab, berkata berdasarkan maklumat awal pihaknya, seramai 17 penduduk termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan terpaksa berpindah ke lokasi selamat awal pagi tadi.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 15 mangsa dipindahkan ke balai raya di kampung berkenaan, manakala dua lagi berpindah ke rumah saudara terdekat.

“Sehingga kini jumlah sebenar mangsa yang terkesan akibat banjir di Kampung Lakai masih disiasat dengan kerjasama agensi lain yang berkaitan,” katanya dipetik laporan BH.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Lakai, Mohd Adlan Jasin, mengesahkan ketika ini enam keluarga membabitkan 32 mangsa ditempatkan di balai raya kampung berkenaan.

Katanya jumlah sebenar mangsa sedang dikenal pasti dan tindakan sedang dilakukan bagi memastikan semua mangsa diberi perhatian sewajarnya.

“Ketika ini keadaan air masih bertahan dan kita berharap situasi akan kembali normal sekiranya cuaca bertambah baik dan mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok