319 kes import Covid-19 hari ini, kebanyakan pulang dari Arab Saudi

January 7, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 319 jangkitan Covid-19 yang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melibatkan kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini beliau memaklumkan daripada jumlah itu 284 kes melibatkan rakyat Malaysia, manakala 35 kes lagi bukan warganegara.

Walaupun tiada perincian lanjut mengenai negara terakhir pesakit itu berlepas sebelum memasuki Malaysia diberikan, kebanyakannya dipercayai dari Arab Saudi setelah pulang daripada mengerjakan umrah.

Ini berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri yang merekodkan maklumat lengkap kes import yang kebanyakan menunjukkan majoriti individu yang dijangkiti Covid-19 pulang dari Arab Saudi.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan daripada 3,381 jangkitan baharu hari ini, 3,062 kes melibatkan penularan tempatan, termasuk membabitkan 99 rakyat asing.

Sehingga kini, katanya seramai 254 pesakit Covid-19 masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 114 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Sebanyak enam kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 6,156 kluster dengan 5,974 telah ditamatkan dan 182 lagi masih aktif.

“Daripada 3,381 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 37 kes atau 1.1 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,344 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Beliau juga berkata sehingga jam 3 petang tadi tiada kes positif atau kluster baharu melibatkan mangsa banjir, termasuk di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga kini sebanyak 465 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir, dengan 15 kes melibatkan PPS. Kementerian Kesihatan juga mengesan hanya satu kluster melibatkan mangsa banjir.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok