3,189 kes baharu, satu kematian

October 30, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 29 Oktober 2022) kekal melepasi angka 3,000 namun turun sedikit berbanding pada Jumaat.

Dalam tempoh semalam sebanyak 3,189 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 3,296 kes pada Jumaat, termasuk tiga kes import, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,896,922 kes, dengan 4,829,756 pesakit telah sembuh, termasuk 2,541 yang pulih semalam.

Selangor masih kekal mencatat kes tertinggi sebanyak 1,190 menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 1,496,811 kes.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 2,386 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 560 kes (penerima dua dos); 230 kes (individu tidak divaksinasi); dan 13 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 30,702 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 30,055 kes yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 29,330 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (28,721 pesakit pada Jumaat); 1,312 dirawat di hospital, naik berbanding 1,276 pada Jumaat.

Seramai 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (58 pada Jumaat), dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (35 Jumaat).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,190 (1,496,811)
  • Kuala Lumpur – 767 (450,493)
  • Sabah – 181 (398,537)
  • Johor – 46 (395,188)
  • Sarawak – 55 (317,376)
  • Kedah – 59 (311,559)
  • Pulau Pinang – 156 (299,944)
  • Kelantan – 61 (255,053)
  • Perak – 306 (232,079)
  • Negeri Sembilan – 123 (224,901)
  • Pahang – 51 (178,543)
  • Melaka – 88 (136,948)
  • Terengganu – 14 (130,218)
  • Putrajaya – 82 (28,345)
  • Labuan – 6 (22,329)
  • Perlis – 4 (18,598)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seorang pesakit di Selangor meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,464 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,761 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
8 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok