
Data sehingga 19 Januari 2023.
Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 19 Januari 2023) turun semula kepada 318 berbanding 371 yang direkodkan pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Perlis dan Labuan tidak mencatat sebarang kes baharu semalam.
Satu daripada jangkitan baharu itu adalah kes import. Tetapi tiada maklumat kewarganegaraan individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 itu.
Data laman sesawang KKM yang dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan jangkitan semalam turut melibatkan 28 kanak-kanak, meningkat berbanding 24 pada Rabu.
Ia membabitkan 14 kes kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan 14 kes kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, lapor KKM.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 206 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 69 (individu yang lengkap divaksinasi); tiga kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 40 kes (individu tidak divaksinasi).
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,033,943 dengan 4,986,643 pesakit telah sembuh, termasuk 331 yang pulih semalam.
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 10,377 kes masih aktif, turun semula berbanding 10,390 yang dilaporkan pada Rabu, manakala 9,960 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 9,970 pada Rabu. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital bagaimanapun, turun lagi kepada 398 kes berbanding 404 pada Rabu dan 410 pada Selasa.
Seramai 19 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (16 pada Rabu), dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (14 pada Rabu).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 94 (1,547,440);
- Kuala Lumpur – 71 (467,563);
- Sabah – 16 (406,758);
- Johor – 15 (398,115);
- Sarawak – 20 (324,169);
- Kedah – 12 (318,446);
- Pulau Pinang – 11 (307,300);
- Kelantan – 6 (260,010);
- Perak – 12 (238,831);
- Negeri Sembilan – 12 (230,826);
- Pahang – 8 (182,574);
- Melaka – 17 (144,727);
- Terengganu – 13 (132,899);
- Putrajaya – 11 (32,341);
- Labuan – 0 (22,950); dan
- Perlis – 0 (18,984).
Sementara itu tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam.
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara kekal kepada 36,923 mangsa, termasuk 7,866 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).