3,129 kes baharu, 2 kematian

October 31, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 30 Oktober 2022) masih kekal melepasi angka 3,000 buat hari ketiga berturut-turut, walaupun turun sedikit berbanding pada Sabtu.

Dalam tempoh semalam sebanyak 3,129 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 3,189 kes pada Sabtu, termasuk enam kes import, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,900,051 kes, dengan 4,832,220 pesakit telah sembuh, termasuk 2,464 yang pulih semalam.

Selangor masih kekal mencatat kes tertinggi sebanyak 1,389 menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 1,498,200 kes.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 2,411 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak, berbanding 2,386 pada Sabtu.

Sebanyak 518 kes (penerima dua dos – 560 Sabtu); 192 kes (individu tidak divaksinasi – 230 Sabtu); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi – 13 Sabtu).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 31,365 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 30,702 kes yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 29,855 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (29,330 pesakit pada Sabtu); 1,444 dirawat di hospital, naik berbanding 1,312 pada Sabtu.

Seramai 66 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (60 pada Sabtu), dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (34 Sabtu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,389 (1,498,200)
  • Kuala Lumpur – 660 (451,153)
  • Sabah – 156 (398,693)
  • Johor – 46 (395,234)
  • Sarawak – 44 (317,420)
  • Kedah – 69 (311,628)
  • Pulau Pinang – 173 (300,117)
  • Kelantan – 46 (255,099)
  • Perak – 222 (232,301)
  • Negeri Sembilan – 135 (225,036)
  • Pahang – 44 (178,587)
  • Melaka – 69 (137,017)
  • Terengganu – 28 (130,246)
  • Putrajaya – 38 (28,383)
  • Labuan – 3 (22,332)
  • Perlis – 7 (18,605)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’.

Dua kes kematian itu dilaporkan di Pulau Pinang dan Sarawak.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,466 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,761 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
33 minit lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
16 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok