3,120 kes Covid-19 baharu hari ini

Jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh Malaysia ialah sebanyak 3,120 kes , naik sedikit berbanding 2,500 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal merekodkan kes tertinggi dengan 675 jangkitan, diikuti Sarawak (620), Kuala Lumpur (408), Johor (336) dan Kelantan (296).

Negeri lain merekodkan kes melebihi 100 ialah Pulau Pinang dengan 167 kes, Kedah (155) dan Perak (117).

Jumlah kes kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara hingga hari ini adalah 420,632 kes.

POPULAR