31,199 kes semalam rekod baharu, lebih suku juta kena kuarantin

February 24, 2022 · Isu semasa

Rekod jangkitan harian sebanyak 28,825 kes yang dicatat pada 19 Februari lalu pecah lagi, apabila dalam tempoh 24 jam semalam (23 Februari 2022) sebanyak 31,199 kes baharu dilaporkan di seluruh negara.

Angka itu menjadikan kumulatif kes positif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal 2020 lalu, meningkat kepada 3,305,157 kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang CovidNOW, hari ini.

Terdahulu, rekod jangkitan harian sepanjang 2020 dan 2021 sebanyak 24,599 pada 26 Ogos 2021, pecah apabila 27,831 kes dicatat pada 16 Februari, sebelum pecah sekali lagi tiga hari kemudian.

Sehingga semalam, seramai 2,994,840 pesakit telah sembuh, 32,488 kes kematian dilaporkan dan 277,829 atau lebih suku juta kes masih aktif, meningkat 10,745 kes berbanding 267,084 kes pada Selasa.

Daripada jumlah kes aktif itu lebih suku juta individu atau 265,339 pesakit diarah menjalani kuarantin di rumah; 4,460 ditempatkan di PKRC; 7,725 dimasukkan ke hospital; dan 305 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 191 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beberapa negeri seperti Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan merekodkan kadar lonjakan harian yang tinggi semalam, manakala kes di Kedah serta Kelantan didapati meningkat tiga hari berturut-turut.

Dalam tempoh 24 jam semalam, Selangor merekodkan kes tertinggi berbanding negeri dan Wilayah Persekutuan lain apabila mencatat 7,798 jangkitan baharu berbanding 5,568 kes pada Selasa (22 Februari 2022).

Sehingga kini Selangor merekodkan kumulatif positif sebanyak 915,225 kes, dengan 835,254 pesakit telah sembuh, 10,142 kes kematian dan 69,829 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 68,174 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 400 ditempatkan di PKRC; 1,223 dimasukkan ke hospital; dan 32 pesakit dirawat di ICU, dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sembilan negeri lain turut merekodkan peningkatan jangkitan semalam iaitu Kedah sebanyak 2,684 kes baharu, berbanding 2,583 pada Selasa, diikuti Johor (2,281 kes baharu, 2,200 Selasa); Kuala Lumpur (2,190 kes baharu, 1,355 Selasa); dan Kelantan (2,135 kes baharu, 2,043 Selasa).

Negeri Sembilan pula mencatat 1,998 kes baharu, berbanding 1,157 pada Selasa; Perak (1,222 kes baharu, 1,025 Selasa); Labuan (499 kes baharu, 277 Selasa); Perlis (304 kes baharu, 299 Selasa); dan Putrajaya (189 kes baharu, 163 Selasa).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 23 Februari 2022.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
19 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok