3,118 kes semalam, 6 kematian

August 27, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 26 Ogos 2022) turun sedikit daripada 3,206 kes pada Khamis, kepada 3,118 kes, termasuk tujuh kes import.

Data laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan Selangor kembali merekodkan kes baharu melebihi 1,000.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,771,512 kes, dengan 4,699,584 pesakit telah sembuh, termasuk 3,363 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 2,146 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 641 kes (penerima dua dos); 307 (individu tidak divaksinasi); dan 24 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 35,737 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 35,988 yang dicatat pada Khamis. Jumlah itu termasuk, 34,294 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (34,626 pada Khamis); dan 23 ditempatkan di PKRC (22 pada Khamis).

Seramai 1,345 pesakit lagi dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,271 pesakit pada Khamis, dan 75 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (69 pada Khamis), dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (42 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 1,080 (1,457,282);
  • Kuala Lumpur – 611 (423,791);
  • Johor – 82 (391,590);
  • Sabah – 294 (388,827);
  • Sarawak – 105 (312,417);
  • Kedah – 65 (307,301);
  • Pulau Pinang – 95 (294,447);
  • Kelantan – 94 (251,611);
  • Perak – 244 (221,797);
  • Negeri Sembilan – 160 (218,750);
  • Pahang – 69 (175,854);
  • Melaka – 97 (132,650);
  • Terengganu – 46 (128,571);
  • Putrajaya – 56 (26,332);
  • Labuan – 8 (22,118); dan
  • Perlis – 12 (18,174).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Kes kematian yang dilaporkan semalam membabitkan masing-masing dua di Perak (1 BID) serta Selangor dan masing-masing satu kes BID di Melaka dan Putrajaya.

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,191 kes, termasuk 7,693 kes BID.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan lebih 72.25 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk warga asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 28,090,020 atau 86.0 peratus melibatkan dos pertama; 27,490,680 (84.2 peratus dos kedua); 16,214,214 (49.6 peratus dos penggalak pertama); dan 457,539 (1.4 peratus dos penggalak kedua).

Pecahan pemberian vaksin Covid-19 mulai 24 Februari 2021 hingga 26 Ogos 2022.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
PH terbit bajet bayangan 2023
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
14 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
15 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok