3,083 kes semalam, 12 kematian

August 10, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu dan kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu (Selasa, 9 Ogos 2022), meningkat berbanding pada Isnin.

Data laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan sebanyak 3,083 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 2,863 kes pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,714,498 kes, dengan 4,635,737 pesakit telah pulih, termasuk 4,229 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah itu, 2,092 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 644 kes (individu lengkap dua dos); 326 (individu tidak divaksinasi); dan 21 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun lagi kepada 42,717 kes, berbanding 43,875 yang dicatat pada Isnin, dengan seramai 41,042 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (41,996 pada Isnin), dan 35 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (34 pada Isnin).

Sementara itu, seramai 1,578 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,790 pada Isnin, manakala 62 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi meningkat berbanding 55 pada Isnin, dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (38 pada Isnin).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 605 (1,439,270);
  • Kuala Lumpur – 773 (412,184);
  • Johor – 96 (389,729);
  • Sabah – 285 (383,994);
  • Sarawak – 122 (310,489);
  • Kedah – 160 (305,611);
  • Pulau Pinang – 117 (292,374);
  • Kelantan – 80 (250,243);
  • Perak – 248 (217,469);
  • Negeri Sembilan – 240 (215,348);
  • Pahang – 59 (174,623);
  • Melaka – 130 (130,463);
  • Terengganu – 65 (127,745);
  • Putrajaya – 83 (24,994);
  • Labuan – 10 (21,962); dan
  • Perlis – 10 (18,000).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai 12 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,044 kes, termasuk 7,659 kes kematian di luar fasiliti kesihatan.

Tiga daripada kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Perak serta Melaka; dua kes di Selangor; dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Terengganu.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok