307,653 terima dos penggalak

Seramai 22,361,734 individu dewasa atau 95.5 peratus telah lengkap menerima suntikan dos vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu, sehingga semalam.

Dalam tempoh itu juga 97.7 peratus atau 22,872,309 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sehingga kini 307,653 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 2.3 peratus lagi individu belum divaksin.

Keseluruhannya, lebih 45.37 juta dos diberikan kepada golongan itu, termasuk 35,029 dos semalam.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan sejak 20 September lalu hingga semalam, 2,091,464 atau 66.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Sebanyak 83.0 peratus atau 2,612,742 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 17.0 peratus lagi remaja belum divaksin.

Secara keseluruhannya 50,076,170 dos vaksin telah diberikan kepada semua golongan, dengan 74.9 peratus atau 24,453,198 individu melengkapkan vaksinasi, dan 78.1 peratus atau 25,485,051 lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR