307 kawasan di Selangor berisiko banjir, macam mana nak buat PRU

September 21, 2022 · Isu semasa

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor mengenal pasti 307 kawasan di negeri itu berisiko dinaiki air pada musim tengkujuh ketika Monsun Timur Laut yang akan datang.

Daripada sembilan daerah, Klang mendahului senarai dengan 65 kawasan, diikuti Hulu Langat (48); Petaling (43); Sepang (40); Kuala Selangor (38); Kuala Langat (29); Gombak (24); Hulu Selangor (11); dan Sabak Bernam (sembilan).

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini (Rabu, 21 September) berkata semua kawasan itu dikenal pasti ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

JPS berkata kawasan itu ditentukan berdasarkan banjir sebelum ini dan unjuran risiko.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Jabatan itu juga mengenal pasti 52 titik panas di Selangor yang pernah mengalami kejadian banjir lebih tiga kali antara 2019 dan tahun ini.

Titik panas yang dikenal pasti melibatkan daerah Klang ialah di Taman Sentosa, Jalan Kebun, Kampung Bukit Naga, Bukit Kemuning, Taman Melawis @ Taman Teluk Pulai, Jalan Bakti, Kampung Delek, Taman Daya Meru, Taman Bukit Kemuning, Taman Rashna, Taman Sri Muda, Taman Intan, Jalan Tunku Kelana, dan Taman Meru Utama.

Di Petaling: Kampung Budiman, Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Baru HICOM Seksyen 26, Jalan S/K9 / SK Sri Serdang, dan Seksyen 13.

Di Gombak: Taman Sri Selayang, Jalan B27 Jusco Rawang, Taman Rahmat Jaya, Kampung Sungai Kertas, Jalan 11C Selayang Baru, Jalan 21, 23 & 62 Selayang Baru, Jalan Laksamana 10, Selayang, dan Petempatan India.

Di Hulu Langat: Kampung Batu 10, Jalan Cheras, Kampung Sungai Serai, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sungai Michu, Sesapan Batu Rembau, Felcra Kampung Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal (4), Jalan Reko, dan Kampung Sungai Jernih.

Di Sepang: Kampung Giching, Kampung Salak Tinggi, Kampung Chemperai, Kampung Sri Tanjung, Kampung Ampar Tenang / Kampung Lalang, Kampung Sungai Merab Jaya, Taman Delima, Dengkil, Kampung Orang Asli Sungai Melut (Seberang), dan Kampung Desa Putra, Sg Merab.

Di Kuala Langat: Taman Sri Jaromas, dan Jenjarom.

Di Sabak Bernam: Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim (KM44-KM45), dan Batu 23, Sungai Nibong.

Di Kuala Selangor: Kampung Sri Sentosa, Kampung Parit Mahang, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sri Aman.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya telah membuat persiapan menghadapi musim tengkujuh dari segi latihan, logistik dan tenaga kerja.

“Ini termasuk latihan pengendalian bot dan menyelamat air, ujian bot, latihan asas pasukan pelbagai kemahiran khas (MESTI), serta latihan survival untuk 151 rekrut baharu di Selangor.

“Kita juga telah mengisi 96 peratus keperluan tenaga kerja untuk menangani banjir, penempatan bot yang teratur dan terancang berdasarkan kawasan panas, serta melakukan rondaan berkala ketika hujan walaupun tiada amaran banjir diterima,” katanya.

Berita berkaitan
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
1 jam lalu· Isu semasa
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
1 jam lalu· Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
2 jam lalu· Politik
Saya tandatangan watikah calon bukan Zuraida, kata Larry Sng
5 jam lalu· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
51 minit lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
7 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
8 jam lalu · Isu semasa
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok