3,045 kes semalam, 5 kematian

August 15, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,045 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 14 Ogos) turun berbanding 4,334 kes yang dicatat dalam tempoh sama pada Sabtu.

Menurut laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,735,547 kes, dengan 4,656,031 pesakit telah pulih, termasuk 4,226 yang sembuh semalam.

Data KKM juga menunjukkan dalam tempoh minggu ini, individu dalam kategori umur 30 hingga 39 tahun menjadi penyumbang tertinggi kes dengan melibatkan 6,708 pesakit.

Jumlah lain melibatkan:

  • 18 hingga 29 tahun (6,574 kes);
  • 40 hingga 49 tahun (4,087 kes);
  • 50 hingga 59 tahun (2,385 kes);
  • 12 hingga 17 tahun (1,664 kes);
  • 60 hingga 69 tahun (1,476 kes);
  • 5 hingga 11 tahun (1,307 kes);
  • 0 hingga 4 tahun (991 kes);
  • 70 hingga 79 tahun (856 kes); dan
  • 80 tahun dan ke atas (619 kes).

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,122 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 601 kes (individu lengkap dua dos); 298 kes (individu tidak divaksinasi); dan 24 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun lagi kepada 43,431, berbanding 44,617 kes yang dicatat pada Sabtu, dengan seramai 41,759 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (42,926 pada Sabtu), dan 33 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, meningkat berbanding 28 yang dicatat pada Sabtu.

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun kepada 1,567 orang berbanding 1,595 pada Sabtu, manakala 72 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (68 pada Sabtu), dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (44 pada Sabtu).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 1,061 (1,446,711);
  • Kuala Lumpur – 619 (416,643);
  • Johor – 98 (390,291);
  • Sabah – 259 (385,664);
  • Sarawak – 54 (311,028);
  • Kedah – 85 (306,168);
  • Pulau Pinang – 119 (293,162);
  • Kelantan – 46 (250,598);
  • Perak – 221 (219,034);
  • Negeri Sembilan – 195 (216,526);
  • Pahang – 54 (175,000);
  • Melaka – 108 (131,209);
  • Terengganu – 49 (127,961);
  • Putrajaya – 63 (25,454);
  • Labuan – 2 (22,038); dan
  • Perlis – 12 (18,060).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di fasiliti kesihatan, semalam.

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,085 kes, termasuk 7,669 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Tiga daripada kes kematian baharu semalam dilaporkan di Kedah dan masing-masing satu di Johor serta Perak.

Bagi kes kematian mengikut kategori umur dalam tempoh minggu lalu pula, 26 kes melibatkan pesakit berusia 80 tahun dan ke atas, diikuti 12 kes (60-69 tahun); 11 kes (70-79 tahun), masing-masing empat kes (40-49 tahun dan 50-59 tahun); serta satu kes (18-29 tahun).

Pada masa sama, KKM juga melaporkan satu kluster baharu melibatkan 14 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang membabitkan Kluster Solok Bunga Pudak daripada kumpulan berisiko tinggi.

Sehingga semalam, sebanyak 27 kluster Covid-19 masih aktif, menurut laman sesawang CovidNOW.

Berita berkaitan
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok