3,037 kes baharu, lima kematian

November 19, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 18 November 2022) turun semula kepada 3,037 kes, berbanding 3,457 yang dilaporkan pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,963,216 kes, dengan 4,898,917 pesakit telah sembuh, termasuk 3,198 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,031 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 671 kes (penerima dua dos); 317 kes (individu tidak divaksinasi); dan 18 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,711 kes masih aktif, turun lagi berbanding 27,877 yang dilaporkan sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 25,737 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,818 pesakit pada Khamis); dan 1,868 dirawat di hospital, turun berbanding 1,970 pada Khamis.

Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi meningkat kepada 106 pesakit, berbanding hanya 89 pada Khamis, dengan 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (46 pada Khamis).

Sementara itu, lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID), dilaporkan.

Daripada jumlah kematian itu, dua kes dilaporkan di Pulau Pinang, termasuk satu kes BID, dan masing-masing satu di Johor, Sabah dan Terengganu (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,588 kes, termasuk 7,782 kes BID.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,237 (1,522,161)
  • Kuala Lumpur – 185 (460,742)
  • Sabah – 205 (402,723)
  • Johor – 62 (396,466)
  • Sarawak – 114 (319,195)
  • Kedah – 158 (314,238)
  • Pulau Pinang – 186 (303,280)
  • Kelantan – 109 (257,280)
  • Perak – 117 (235,731)
  • Negeri Sembilan – 152 (228,270)
  • Pahang – 94 (180,263)
  • Melaka – 200 (140,057)
  • Terengganu – 71 (131,219)
  • Putrajaya – 122 (30,352)
  • Labuan – 16 (22,519)
  • Perlis – 9 (18,720).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok