30,311 notis kesalahan merokok dikeluar sejak enam bulan lalu

July 21, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 30,311 notis kesalahan merokok di tempat awam dikeluarkan sejak Januari hingga Jun tahun ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tahun 2022 merupakan tahun paling banyak penguatkuasaan dilaksanakan terhadap peraturan larangan merokok di tempat awam.

“Tahniah kepada penguatkuasa SIP (Sektor Inspektorat dan Perundangan) KKMPutrajaya. Insya’Allah Julai-Disember lagi hebat dan dasyat! #GEG #NoSmoking,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Dalam ciapan sama, Khairy turut berkongsi data Penguatkuasaan PPKHT bagi tahun 2018 hingga tahun lepas, yang menyaksikan secara keseluruhan sebanyak 57,268 notis kesalahan merokok di tempat awam dikeluarkan pada 2018; 50,946 (2019); 34,338 (2020) dan 15,163 (2021).

Sementara itu, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Rakan Strategik GEGAR Wanita dalam kenyataan hari ini berharap agar semua Ahli Parlimen terutama wakil rakyat wanita meluluskan Rang Undang-Undang Tembakau dan Merokok yang dijangka dibentang pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) Roslizawati Md Ali yang mewakili Rakan Strategik GEGAR Wanita turut menggesa agensi penguatkuasaan yang lain membantu KKM dalam usaha membendung pasaran rokok tidak sah.

Rakan Strategik GEGAR Wanita diterajui MyWATCH, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Kebangsaan, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

Sebelum ini, Khairy berkata Kabinet meluluskan draf rang udang-undang itu dan beliau dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada sidang Parlimen ini. – Bernama

Berita berkaitan
Zahid beri isyarat bakal ada kena pecat esok, pembersihan UMNO bermula esok
12 jam lalu· Politik
Bakal dipecat UMNO, PN dan PAS terbuka terima Khairy: Samsuri
18 jam lalu· Politik
UMNO tentukan keputusan hukuman terhadap Khairy hari ini
January 25, 2023· Politik
Puad jangan ingat UMNO ini milik orang atas sahaja, kata Khairy
January 21, 2023· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok